Home » Debu Hiroshima by Othman Puteh
Debu Hiroshima Othman Puteh

Debu Hiroshima

Othman Puteh

Published 1992
ISBN :
Paperback
121 pages
Enter the sum

 About the Book 

Anak Melayu terkena bom atom di Hiroshima tetapi selamat! Pada pukul 8.15 pagi, 6 Ogos 1945, Abd. Razak Abd. Hamid berada dibilik kuliah Universiti Hiroshima. Tiba-tiba satu pancaran cahaya yang amat terang membelah cahaya matahari. Sedetik kemudian bangunan universitinya ranap dan Abd. Razak tidak sedarkan diri. Setelah sedar kemudiannya, dia bersama-sama dengan Pangeran Yusof, anak Brunei keluar dari runtuhan itu. Apa yang dilihatnya di luar? Sejauh mata memandang tidak ada apa-apa yang tinggal, melainkan padang jarak padang tekukur. Bangunan menyembah bumi. Manusia hangus di sana sini. Orang yang hidup tidak serupa manusia, kulitnya mengelupas dan dagingnya merah. Jeritan di sana sini meminta tolong dan meminta air. Bermula dari detik ini, Abd. Razak mengalami pengalaman yang pahit, sedih dan dahsyat. Mulalah dia mengumpulkan debu-debu kehidupan teman-teman dan orang yang dikenalinya di samping menolong dan menyelamat mangsa-mangsa yang lain. Inilah suatu kisah dahsyat yang ngeri, sedah, pilu dan penuh linangan air mata. Dalam keadaan inilah anak Melayu ini tegak dan terus hidup dengan tidak ada apa-apa cacat celanya. Sesuatu yang menakjubkan! Inilah kisah yang diabadikan anak Melayu yang terkena bom atom tetapi selamat. Anda perlu membaca buku yang tidak ada seumpamanya di negara kita ini!